Assalamu`alaikum
wbt sahabat-sahabat yang dimuliakan.
Kembara Infak
Kemboja 1435H.
Terimakasih
kerana tuan-tuan sudi melawat blog ini. Untuk pengetahuan semua pihak, pada
tahun ini kami sekali lagi akan meneruskan program Kembara Infak Kemboja
seperti tahun-tahun yang lalu. Pada
tahun ini pihak kami akan melipat gandakan lagi usaha untuk membantu rakyat di
Kemboja yang sangat-sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai.
Kita
semua sudah sedia maklum, jika di
Malaysia, kita mempunyai banyak badan-badan
kebajikan seperti Baitumal, Badan Kebajikan Masyarakat, pelbagai Yayasan2 dan
sebagainya. Jika ada berlaku sebarang musibah, in sya Allah mangsa akan cepat
mendapat bantuan dari pihak berwajib dan juga bantuan daripada masyarakat
setempat. Pihak kami juga menyalurkan beberapa bantuan (sekadar yang termampu) kepada
rakyat Malaysia yang memerlukan jika terlibat dengan bencana alam dan musibah setelah
kami sendiri membuat siasatan dan mendapat pengesahan.
Berbeza
dengan suasana di Kemboja, penduduk di sana
belum lagi mempunyai tabung khas. Rakyat mereka sendiri tidak berkemampuan
untuk menderma. Oleh itu, jika kita ada sedikit lebihan, marilah sama-sama kita
membantu rakyat di sana melalui Sekretariat Kembara Infak Kemboja.
Kita
bersyukur dan berterimakasih kerana telah ada lagi pertubuhan lain yang sedang
berusaha membantu, tetapi ini masih tidak mampu lagi untuk menampung
keperluan. Oleh itu, pihak kami jadikan ini salah satu usaha untuk melaksanakan
tanggungjawab membantu rakyat miskin, bukan sahaja di kemboja, malah di
mana-mana sekali pun.
Bantuan,
sumbangan atau sedekah boleh dilakukan dengan menginfak sebahagian rezeki yang dikurniakan
oleh Allah swt pada kita. Jumlah sumbangan ini
mungkin kecil tetapi amat
bermakna bagi rakyat yang sangat-sangat memerlukan.
Pihak
kami merayu kepada semua pihak untuk membantu misi kami ini walaupun hanya bersedekah
sebanyak RM1
untuk sekali sahaja seumur hidup bagi memenuhi keperluan rakyat Kemboja. Semoga
Allah swt membalas jasa-saja kalian dengan balasan yang berlipat ganda.
Antara
tugas Sekretariat Kembara Infak Kemboja adalah untuk mengagihkan sumbangan ke
lokasi dan sasaran yang tepat berdasarkan lapuran. Pihak kami tidak dapat
menyerahkan bantuan kewangan secara online di Kemboja. Jika di Malaysia,
apabila berlakunya malapetaka, biasanya hampir majoriti mangsa mempunyai nombor
akaun dan kad bank sendiri. Ini memudahkan kita untuk menyalurkan bantuan. Tetapi
majoriti penduduk-penduduk di Kemboja pula
tidak mempunyai kemudahan ini, maka pihak kami mengambil inisiatif untuk
menghulurkannya sendiri bantuan ini kepada kumpulan sasaran yang ditetapkan, malah kadang-kadang nyawa menjadi taruhan kerana sentiasa diawasi
oleh pihak tentera-temtera. Sokonglah dan bantulah kami.
Sudah
sedia maklum, kami bersyukur kerana terdapat beberapa jemaah-jemaah lain yang sanggup
berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menyalurkan bantuan, tidak kiralah dari
sudut dan konsep yang macam mana diusahakan. Yang pentingnya adalah, alhamdulillah
kerana semua sumbangan telah sampai ke sasarannya seperti yang dirancangkan
sebelumnya. Seluruh penduduk-penduduk di bumi Kemboja
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia dan juga lain-lain
negara yang tidak putus-putus memberi sumbangan dari masa ke semasa.
Infaklah
sebahagian dari rezeki anda. Sesungguhnya rezeki itu tidak akan sia-sia dan
tidak pula berkurangan kerana disamping mendapat balasan pahala di akhirat, di dunia
lagi Allah telah menggantikan dengan lebih baik dan berlipatkali ganda. Yakinlah
dan berikhlaslah. Kami juga ingin berkongsi perasaan dengan pelawat semua
betapa gembiranya dan sayunya hati kami apabila setiap sumbangan yang diterima
disambut oleh mereka dengan linangan air mata kegembiraan…Allahuakbar. Tahukan anda!..
mereka menganggap anda semua umpama ‘Malaikat’ kerana walaupun TANPA ada pertalian darah dan TIDAK kenal rupa tetapi anda semua sanggup menghulurkan bantuan
yang penuh bermakna…Amin..Amin..Amin..
Sessi
Program Kembara Infak Kemboja ini dilaksanakan pada hari sambutan Hari Raya Aidil Adha setiap
tahun, iaitu pada hari Raya Haji. Tujuannya adalah pihak kami ingin menyalurkan
daging ibadah qurban ini pada sasaran yang lebih memerlukan dan lebih tepat. Ditempat
kita di Malayisa, pada kebiasaannya, daging qurban akan diedarkan kepada
sesiapa sahaja. Perkara ini sebenaranya bertentangan dengan hukum syarak.
Daging qurban sepatutnya hendakah diedarkan pada mereka yang benar2
fakir miskin dan memerlukannya. Kita biasa
menerima daging qurban, ada pihak yang menyimpan
berbulan-bulan lamanya dalam peti sejuk. Ramai penerima pula yang masih
terdapat dalam peti sejuk mereka pelagai lauk seperti ikan tomgkol, daging
ayam, udang, kerang dan sebagainya. Mereka ini tidak layak menerima daging qorban.
Ada daging yang disangkut sahaja di pagar rumah oleh ahli kariah setempat.
Malangnya daging itu membusuk dan berulat-ulat sebab penghuni rumah tidak ada
di rumah kerana bertugas diluar tanpa pengetahuan ahli kariah.
Berbeza dengan rakyat di Kemboja, hari ini kita edar pada
mereka, hari ini juga habis selesai di makannya anak beranak kerana mereka
memang tidak cukup makanan.
Harapan
kami, semoga pada kali ini kita berQurban pada sasaran yang tepat dan memenuhi
hukum syarak. Wallahualam.
Antara
program yang akan dijalankan adalah:-
a.
Qurban
b.
Aqiqah
c.
Pemeriksaan Kesihatan dan agihan ubat2an.
d.
Majlis khatan beramai-ramai.
e.
Tazkirah makanan halalan thoyibban.
f.
Baikpulih surau dan masjid.
g.
Sumbangan mesin bowring (gerudi perigi).
h.
Sumbanan mesin generator dan lain-lain.
[ (a), (c) dan (f) adalah program utama setiap tahun ]
Penyumbang
yang berhasrat untuk menyertai delegasi kami adalah sangat dialu-alukan.
Program ini diuruskan seawal yang mungkin adalah untuk membuat beberapa
persediaan penting kerana ia melibatkan kakitangan Perubatan (doktor-doktor dan
pembantu kesihatan) dan lain-lain yang akan turut membantu merealisalikan
program ini, pengumpulan dana sumbangan, pemungkusan ubat-ubatan, penagihan
kerja dan sebagainya. Begitu juga dengan lembu-lembu
qurban atau kambing aqiqah wajib dipelihara dengan baik menurut hukum syarak, bukannya
diambil sesuka hati di saat-saat akhir ketika majlis qurban atau aqiqah hendak
dijalankan. Ini bermakna,
binatang-binatang ini perlu dibeli seawal mungkin dan dipelihara semata-mata
untuk tujuan qurban dan aqiqah.
Ada juga berlakunya kes lembu curi, lembu pencen (cacat) atau lembu
yang diambil di saat akhir iaitu lembu yang liar, bukan lembu yang dijaga dengan
baik pemakanannya dan kesihatannya untuk digunakan penyembelihan semasa majlis.
Jika perkara ini berlaku bermakna ianya bertentangan dengan hukum syarak.
Hati-hati ya.
In
sya Allah, program ini akan diteruskan setiap tahun kerana masih ramai rakyat Malaysia
yang prihatin dengan penderitaan orang lain walaupun berlainan negara, agama
dan bangsa.
Untuk
mendapat keterangan lanjut dan mengimbas sejarah program ini, maka silalah
melawat blog Kembara Infak Kemboja di alamat berikut:-
http://kembara-kemboja.blogspot.com
Jazakumullah.
Dato` Md Lutfi Bin Yusof.




