Tuesday, 2 July 2013

PROGRAM INFAK RAMADHAN



Penerbit
:
PUSTAKA GLOBAL.
Penulis
:
Tabut Sakinah.
Tajuk
:
Rahsia Di Sebalik Ilmu Hikmah
Terbitan
:
Ogos 2013.
Harga
:
RM30
Assalamu`alaikum. Seperti kebiasaan, sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun, pihak kami akan kumpulkan beberapa kitab untuk disumbangkan ke institusi tertentu seperti di masjid-masjid, surau-surau atau pondok-pondok pengajian agama. Antara program yang pernah diusahakan adalah:-


Projek
Catatan
1
Wakaf.
Peserta membeli beberapa sijil lot tanah sebagai wakaf untuk membuat Madrasah.
2
Barang terpakai.
Peserta menyumbang barang untuk didermakan kepada yang memerlukan.
3
Derma.
Sumbangan peribadi diagih-agihkan.
4
Kitab-kitab atau risalah agama @ motivasi.
Bahan-bahan yang  diperolehi dari kitab yang sediada atau dari kitab yang diamanah untuk dicetakkan atau dari terbitan buku kami sendiri dan lain-lain.

Program kali ini adalah menginfakkan sebahagian rezeki yang diperolehi untuk jalan Allah berupa kitab @ ilmu. Ini tidak membebankan dan ianya lebih afdhal sebab ilmu boleh disalurkan  sepanjang masa apabila ada orang membacanya, bermakna pahala sentiasa mengalir walaupun orang yang menginfak itu sudah meninggal dunia. Peserta boleh membeli sejumlah kitab, ianya untuk bacaan sendiri manakala selebihnya dihadiahkan kepada pihak tertentu sebagai infak harta. Penerbit boleh menguruskan penghantaran. In Shaa Allah.

Di zaman yang serba moden dan canggih ini,  sebenarnya semakin banyak peristiwa-peristiwa misteri dan ganjil berlaku yang tidak tercapai oleh akal, ianya tidak difahami oleh pancaindera manusia biasa, manakala semakin ramai pula perawat-perawat palsu muncul mengambil kesempatan. Dengki dan khianat semakin menjadi-jadi serta bermacam-macam penyakit misteri berlaku.

Oleh itu pihak kami terpanggil untuk menyusun sebuah kitab yang memberi pengetahuan secara ringkas dan padat tentang Ilmu Hikmah @ Perubatan Islam untuk  mengatasi beberapa masalah ini serta diterangkan apakah rahsia yang tersirat dan tersurat. In Shaa Allah,  dengan berpandukan kitab yang sederhana ini, dengan sedikit petua sahaja pembaca boleh merawat sendiri pelbagai kes misteri. 

Kitab ini bukan bertujuan untuk menjadikan pembaca sebagai perawat komersial dan tersohor, tetapi hanya sekadar persedian awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Bukanlah mudah untuk menjadi perawat dalam ertikata yang sebenar kerana ia memerlukan jangkamasa yang sangat panjang dan mungkin melebihi 10 tahun untuk memahaminya, itu pun mungkin masih peringkat asas @ zahir sahaja. Tidak mungkin kita boleh mampu menjadi perawat sekadar menelaah kitab seperti ini ataupun sehari dua menghadiri kursus kerana ilmu perubatan atau ilmu hikmah menjangkaui ilmu lain-lainnya.

Kandungan khusus dalam kitab ini berkaitan kaedah Rawatan Islam. Kitab ini juga akan memuatkan beberapa ilmu berkaitan dengan adab zikir-zikir, ilmu pendinding diri rohani jasmani, ilmu hulubalang dan seumpamanya. Ini semua untuk persediaan dan pengisian awal sebagai satu ikhtiar ketika menghadapi sebarang kemungkinan berlaku diluar jangkaan kita, sepertimana malapetaka dan keganasan yang sedang dan telah berlaku dikebanyakan negara luar.
Rujukan kami adalah:-


Item
1
Pelbagai Kitab-kitab Ilmu Hikmah.

Antara kitab hikmah tertua yang pernah kami rujuk adalah manuskrip tulisan tangan berusia ratusan tahun karya  Tuan Guru Hj. Syeikh Yusof Abdullah yang berasal dari Mekah.  Pihak kami perolehi manuskrip ini daripada salah seorang keturunannya yang ke 4 dari Patani. Keturunan beliau adalah seorang perempuan tetapi telah banyak mewarisi ilmu Syeikh Yusof. Yang peliknya, nama pewaris keturunan ke 4 ini telah tercatit awal dalam manuskrip tersebut dan terdapat berupa wasiat ditugaskan pada beliau untuk memegang beberapa amanah tertentu.

Keturunan Syeikh Yusof lebih dikenali dengan gelaran keturunan 'lelangit hitam' @ 'lidah masin'. Pihak kami rasa teruja bagaimana nama pewaris ini boleh tercatit awal dalam manuskrip ini. Sebelum ini kami pernah bertemu dengan beberapa orang yang mempunyai kelebihan lebih kurang sama. Sebagai contoh, ada seorang guru pondok di Kedah yang telah menulis tarikh kematiannya dengan tepat 3 tahun lebih awal. Catitannya ini dijumpai oleh anaknya tertulis  di dalam buku nota (diari) kecil Allahyarham sendiri setelah kematiannya. Allahuakbar.

Dalam kitab Syeikh Yusof Abdullah yang setebal lebih dari satu kaki (14 inci) ini terhimpun pelbagai khazanah ilmu hikmah, ilmu falak dan lain-lain, seolah-olah semua ilmu dari kitab-kitab hikmah yang pernah kami kaji sebelum ini terhimpun dalam karya ini. Terima kasih kepada pewaris ini yang bersusah payah datang ke Malaysia semata-mata hendak memberi peluang pada kami untuk menelaahnya. Syukuran.

Pihak kami juga mempunyai beberapa manuskrip lama tulisan tangan berusia ratusan tahun yang ditulis atas kulit kambing dan juga kulit kayu yang terhimpun pelbagai ilmu hikmah.
2
Pengajian secara khusus serta berpengalaman lakukan pemulihan bersama guru-guru semenjak awal 80an.

Sesungguhnya Rasulullah saw sangat melarang apabila seseorang merawat tanpa ilmu. Sabda Baginda saw:-

“Barang siapa yang  mengubati seseorang sedangkan dia tidak mengetahui tentang perubatan sebelumnya, maka dialah yang bertanggungjawab”.
(Riwayat Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah)

Keberkesanan proses rawatan seseorang perawat itu bergantung kepada keizinan Allah swt berlaka, bukanlah kerana perawat itu tersohor atau bomoh handalan. Kami pernah bertemu dengan pesakit yang menderita 20 tahun dan telah mendapatkan  rawatan seramai 235 perawat di Malaysia dan Indonesia termasuk yang tersohor dan dikenali umum, malangnya masih menderita, tetapi apabila ditepuk sahaja oleh seseorang, pesakit itu boleh bangun dan bersembang rancak tanpa perasan yang dirinya menderita sebelum ini! Apakah rahsianya? Di samping itu,  ketahuilah jika diri perawat itu penuh keberkatan (iaitu benar pada bab Tauhid, Fiqh dan Tasauf),  maka berkatlah berubat bagi pesakit. Jika diri perawat itu memandang enteng sahaja bab syarak, walaupun berhasil rawatannya itu, maka diri pesakit maupun perawat sebenarnya duduk atas tiket Istidrash, Sihir atau Syakwazah iaitu Allah swt izinkan kesembuhan tanpa redhaNya, walaupun pada rupa zahir rawatan itu dilakukan dengan bacaan Al-quran. Sebab itulah kita biasa diperlihatkan ramai perawat yang ada sebenarnya bukanlah orang yang berilmu dan tidak pula taat pada perintah dan larangan Allah swt tetapi masih berjaya merawat pesakit.

Antara akhlak buruk perawat:-

1.
Merokok. Bagaimana seorang perawat yang sengaja memusnahkan diri sendiri tetapi bercita-cita pula untuk merawat orang lain! Memang mengaibkan. Hukum menghisab rokok sudah jelas haram pada hukum syarak. Menurut hadis yang sahih daripada  Rasulullah saw bahawa sesungguhnya " Tembakau itu berasal dari kencing Syaitan dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji". (Riwayat Abu Hurairah r.a).
2.
Tidak memahami sumber dan ayat-ayat yang dibaca serta bercampur aduk.
3.
Tidak mengendahkan aurat bagi pesakit.
4.
Memaksa pesakit membayar dengan kadar membebankan dan merakam gelagat  pesakit kononnya sebagai bukti kejayaan pusat rawatannya terutama kes kaum wanita yang terasuk sehingga terjejas auratnya dan terbongkar rahsianya kononnya dikabarkan oleh jin dalam tubuh itu yang suka melaga-lagakan manusia. Keadaan jin yang masuk dalam tubuh manusia itu digelar sebagai tanasakur arwah. Bagi bomoh yang guna Jin, mereka boleh mengawal jin ini dengan cara 'menurun' dan perkara ini haram pada hukum syarak.
5.
Mengkomersialkan ayat-ayat Quran dan sebagainya.

Imam Hassan Al-Basri berkata:

Yang aku khuatiri akhir zaman nanti ramai orang menggunakan agama (ayat-ayat Al-Quran) untuk mencari rezeki.

Terdapat pula perawat-perawat yang mengaku dibantu oleh makhluk ghaib seperti golongan Wali-wali, Jin-jin Islam dan Bunian, seperti Puteri 7, Puteri 9, Tok Putih, Tok Serban Hijau, Panglima Hitam dan sebagainya, sedangkan perawat itu sendiri tidak faham apa itu alam ghaib. Mereka pakai main teka-teka bersyak wasangka sahaja. Hakikatnya mereka tertipu. Untuk menuju ke alam jin dari alam insan (alam nyata) ini terpaksa menerobos terlebih dahulu pelbagai alam lain yang penuh dengan tipudaya iaitu seperti alam ahmar, alam abdul jumud, alam ahyar dan sebagainya dan setiap alam-alam itu terdiri dari pelbagai alam-alam yang lain. Di alam-alam inilah ramai penipu-penipu berupa jin, syaitan, bunian atau dewa-dewa menyamar konon-kononnya menjadi wali-wali Allah, Tok-tok guru, Puteri Sa`adon, Puteri Aisyah dan lain-lain dengan niat yang satu iaitu semata-mata untuk menyesatkan aqidah umat Islam. Di sinilah ramai perawat maupun pesakit yang tertipah teripu. Hati2.

Oleh itu setiap pesakit perlulah mengenali perawat. Perawat Islam yang tulen mesti mempunyai guru-guru yang ada pertalian Rabitah dan Wasilah sehingga Rasulullah SAW, dan ilmu asasnya telah melepasi sekurang-kurangnya Fardhu Ain pada bab Fiqh, Tauhid dan Tasauf dengan jazam yang putus tanpa syak, dzan dan waham. Perawat juga hendaklah sentiasa mengekali wudhuknya.

Rasulullah SAW bersabda:-

Tidak beriman seseorang itu jika tidak mengekali wudhuk. (Riwayat Ibnu Majah).

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program infak ini, bolehlah membuat tempahan awal secara ONLINE dengan menyertakan butir-butir pesanan seperti di bawah: -
SMS MAKLUMAT PENAJA KEPADA :

Sms Sahaja: 0133867235 @ 0136286121
1.
Nama penaja @ pembeli.
2.
Bilangan Pesanan/Infak:-
RM25 sebuah untuk pesanan 4 unit ke atas atau RM30 senaskah.
3.
Butir pembayaran : (Jumlah)
4.
Alamat sendiri atau penerima lain.
 Maklumat Pembayaran/Pesanan:-

Nama Akaun:
PUSTAKA GLOBAL
Akaun No: 5645 5712 5471

Penaja boleh juga menghantar emel butir-butir pembayaran lengkap serta beberapa catatan kepada emel yang disediakan berikut. 

TERBITAN AKAN DATANG - Klik Saya -


1.
SOLAT

a.
Punca Solat.

b.
Asas Solat.

c.
Tauhid dalam Solat.

d.
Fiqh dalam Solat.

e.
Tasauf dalam Solat.

f.
Integasi Tauhid, Fiqh dan Tasauf dalam Solat.

g.
Rupa Solat.

h.
Rukun Solat.

2.
PETUA LELAKI DAN WANITA

3.
HARTA QARUN (HQ)

a.
Mengesan HQ.

b.
Mengeluarkan HQ.

c.
Mengikat HQ.

d.
Bomoh Tarik.

e.
Zakat Rikas.

 

Untuk info lanjut:-

http://darulaulia.blogspot.com
www.facebook.com/tabutsakinah

koleksilutfi@gmail.com


Raudhahnyer
 “Sekadar Renungan”

“Pelaburan yang amat kecil ini In Shaa Allah memberikan
 pulangan yang sangat besar di dunia mahupun di akhirat”.
JAZAKALLAH.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.