![]() |
| Klik Saya |
Terdapat ribuan buku tentang solat telah ditulis
oleh Ulamak-ulamak yang arif pada babnya sejak dulu samada berupa manuskrip atau
juga bercetak. Jutaan kitab solat telah berada dipasaran. Marilah kita luangkan
sedikit masa untuk hadiahkan Al-Fatihah kepada semua penulis berkenaan dan juga
kepada mereka yang terlibat sehingga buku itu sampai pada kita dan mencurahkan
ilmu yang tidak ternilai tinggi harganya. Al-Fatihah.
Kami pula sedang menyusun sebuah buku terbaru
juga tentang solat, tetapi ini bukanlah bermakna kami mengadakan perkara yang
baru, hanya mungkin menambah beberapa perkara yang tertinggal oleh
penulis-penulis terdahulu sahaja. Untuk memahami penyusunan terbaru kami ini,
perlulah berguru dengan beberapa guru-guru kerohanian yang benar-benar memahami
dan mengamalkan ketiga-tiga cabang ilmu tauhid, fiqh dan tasauf tanpa melepaskan
walaupun satu ayat (hukum) al quran atau meringan-ringankan ayat (hukum) Al-quran atas dasar penerimaan ramai atau fahaman umum. Selalunya, apabila terpakai oleh orang ramai, maka kita menyangka ianya 'MUBAH' pada syarak, walhal menyimpang. Dalam lain perkataan, pembaca buku mesti
merujuk guru yang alim lagi sufi @ mursyid. Ini hanyalah baru permulaan. Kami
berpesan hal ini kerana banyak kitab-kita kerohanian yang tersimpan pelbagai
khazanah ilmu diharamkan di Malaysia seperti Al-Hikam, Martabat 7 dan
sebagainya, alasannya hanya atas satu sebab sahaja iaitu pegawai penguasa agama
baca pun tak faham, maka diharamkan.
Dalam buku ini diulaskan sedemikian rupa
tatacara bagaimana adab permulaan solat yang penuh tertib. Peranan bathin
setiap rukun-rukun. Perlakuan nafi dan isbat yang harus dilakukan bermula dari
mengambil wudhuk, iaitu menafikan wujud makhluk @ manusia, yang wujud hanya Allah swt, wujud
yang wajibul wujud. Solat adalah merupakan mikraj orang Islam dan memiliki
makna kerohanian yang sangat tinggi, bentuk pengalaman kerohanian @ mistik yang
sangat tinggi yang tidak tercapai oleh akal. Di dalam solat ada ruang untuk
melakukan liqa` dengan Tuhan di mana seseorang itu merasakan persatuan (wisal)
denganNya. Ketika solat, segala ruh diangkat. Inilah makna kerohanian solat.
LA TASIH HUL SHALATA ILLA BIL
MA`IFAT- Tidak sah solat melainkan dengan makrifat!
Semoga Allah swt memberi kekuatan dan kefahaman
rohani dan jasmani sebagaimana yang dikurniakan kepada para nabi-nabi dan
rasul-rasul, para aulia dan sebagainya untuk membantu kami menyempurnakan
penyusunan kitab ini. Kami harap semua sahabat mendoakan semoga setiap urusan dipermudahkan
Allah swt. Jazakalah.
2.
Buku tentang
Lelaki dan Wanita.
Buku ini lebih kepada faktor kesihatan. Lebih
kepada ilmu pengetahuan untuk mengeratkan kasih sayang. Ilmu untuk mendidik
isteri, menafkah isteri, menghormati suami dll. Ilmu yang bersangkut paut
dengan masalah kejantanan. Org dulu2 tidak kenal Viagra, cialis dan lain2
tetapi ke semua isteri2 mereka bahagia sahaja dan cukup puas menikmati seksnya.
Rasulullah SAW sendiri biasa mengiliri ke semua isteri2 baginda pada satu malam
yang sama, kalau kita mau tercabut urat pinggang..hu3. Ada kes, baru ada
seorang isteri pun selalu cuba mengelak!.. x larat..tetapi nafsu kuat kononnya
nak berbini lagi...hu3.. Zaman sekarang macam- macam ubat kuat ada tetapi masih
tak leh nak selesaikan masalah kelelakian. Di sini ada rahsianya yang kena kita
gali dan amal.
Begitu juga ilmu pengetahuan berkenaan menjaga alat
kelamin bagi wanita. Majoriti wanita zaman sekarang mengharapkan ubat2an moden
yang mahal2 yang tidak pasti kehalalannya. Tetapi tetap tak power (lesu @ grip kurang baik),
mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, berlakunya ectopic pregnancy, perlu
pulak buat D&C atau IUD dan sebagainya. Dalam buku ini juga menceritakan kenapa
wanita mudah kena histeria (rasuk), kenapa wanita
mudah diseru (dimentera hanya menggunakan batang mancis
sahaja! ) supaya dengan mudah sangat ikut lelaki! Kadang2 tak logik kita tengok! sebab apa tau ... kita ni punyala macho
tapi awek-awek tak nak pun! ..tak pandang walau sebelah mata! Tetapi ada org
tua tu dah kedut muka dan herut2 badan, usia pun lebih setengah abad boleh usung ramai anak-anak
dara merata2! .. hal ini banyak berlaku cuma tidak didedahkan.! Langkah-langkah
berjaga perlu ada untuk atasai hal ini.
3.
Buku Antik
Mistik (Harta Qarun)
Terbitan ini berkisar tentang barang antik dan
juga mistik dan juga berkaitan harta qarun. Kami telah bertemu dengan pelbagai
golongan yang terlibat dengan barang antik mistik dan harta qarun ini. Ada yang
masih hidup berusia 100 tahun lebih, ada yang sekarang ini berusia 90 tahun
sehingga kami bertemu pemuka-pemuka baru yang sedang mula untuk berjinak dalam
bidang ini. Oleh itu, terlalu banyak perkara yang ingin kami kongsikan.
Penyusuan bermula dari topik yang agak hangat
dibicarakan iaitu tentang harta qarun. Persoalannya adakah ianya pernah ujud
samada berupa emas perak, batu permata, barangan purba dan sebagainya. Dalam
topik ini diterangkan cara mengesan harta, cara mengambil, peraturan-peraturan
jika barang itu muncul, cara mengeluarkan barang samada digali atau naik
sendiri, beberapa penipuan proses, zakat harta tertanam yang wajib dikeluarkan
dan sebagainya.
Seterusnya kami menyusun tajuk-tajuk yang
berkaitan dengan barang-barang antik dan mistik. Bila disebut mistik bermakna barang berkenaan akan
ada keindahannya. Pelbagai bentuk keindahan yang diperolehi dari barang antik
mistik @ purba ini. Antaranya:-
a.
Penawar racun.
b.
Peralih pemandangan – halimunan.
c.
Kebal kulit.
d.
Kebal umum.
e.
Anti Santau.
f.
Pertukaran ghaib.
g.
Anti tenung dan sebagainya.
Dalam kes yang berkisar topik ini memanglah
banyak tuduhan-tuduhan tertentu dan yang paling kerap dituduh adalah SYIRIK.
Kami percaya bahawa anggapan SYIRIK ini memang ada kebenarannya kerana ramai
yang menceburkan diri dalam bidang antik mistik terlalu cetek pengetahuan
agamanya dan sangat-sangat menyedihkan. Kesyirikan akan lebih jelas kelihatan
apabila kita mengkaji pada mereka yang menceburi dalam bidang menarik harta
alam ghaib.
Untuk mencari seorang yang mahir dalam antik
mistik bukanlah mudah. Kebanyakan mereka tidak ada pengetahuan yang betul-betul
sohih, puncanya adalah kerana meninggalkan segala yang fardhu ain atas perkara
agama. Mereka sering tertipu dengan satu bangsa yang dipanggil “khadam” yang
sering dikaitkan dengan barang mistik atau yang asli alami. In Shaa Allah buku
ini akan mengupas dengan ringkas tapi padat dengan petua atau ilmu yang akan
menolak segala kebathilan yang telah menjadi pegangan peminat barangan antik
mistik.
APA-APA PUN, JIKA ADA MANA-MANA YANG DIDAPATI
MENYIMPANG KAMI MOHON JASA BAIK SEMUA PEMBACA MEMBETULKAN KAMI. KAMI SEDIA
MENERIMA TEGURAN DEMI TEGURAN UNTUK KEBAIKAN SEMUA PIHAK.
Wasallam
Tabut Sakinah.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.