Assalamu`alaikum sahabat yang dimuliakan.
Hari ini Tuk nak cerita sedikit tentang rawatan
tradissional atau rawatan Islam. Pernahkan anda menyaksikan bagaimana perawat
merawat pesakitnya. Tuk hanya nak kongsi info bentuk rawatan yang dilakukan
sangat menyakitkan. Cuba
lihat rajah berikut:-
Rajah 1: Jari dikepit.!
Inilah contoh gambar bentuk rawatan yang
dilakukan oleh ribuan perawat. Kononnya hendak halau hantu dalam badan sebab
jika lakukan begitu pesakit akan menjerit-jerit! Tuk ingin menasihatkan pada
sahabat semua jika ada perawat yang cuba lakukan perkara seperti ini,
hendaklah tuan-tuan lakukan pada jarinya dulu, tengoklah dulu .. sudah tentu
depa melaung-laung kesakitan! Kemudian dari itu perawat itu merakamkan gambar
pesakit-pesakit terutama pesakit perempuan yang sedang menjerit-jerit
seolah-olah hebat pusat rawatannya! Seolah2 hebat guru itu dan sebagainya.
Apa yang selalu terjadi, demi untuk menahan kesakitan disepit jari sedemikian
rupa didapati pesakit perempuan meronta kesakitan sehingga terbuka auratnya!.
Ada
juga perawat yang menggunakan lada hitam diletakkan di jari kaki atau tangan
kononnya hendak hilangkan hantu! Walhal perawat itu yang berhantu. Hakikatnya
kalau Big Show, Hulk Hogan atau mana-mana wrestler diperlakukan perkara
yang sama akan menjerit kesakitan. Oleh itu! Pesanan tuk jika ada perawat
hendak lakukan sedemikian, lakukan pada jarinya dulu. Rakamlah gambar depa
sedang menjerit dan beritahu bahawa perawat itu berhantu!..hu3.
Tuk juga hendak berpesan supaya JANGAN sesekali meminum air yang dibawa oleh
perawat walau dari pusat rawatan terkenal sekalipun. Tuan-tuan hendaklah beli
air mineral sendiri atau air zam-zam. Tak apalah dijampi oleh perawat.
Tujuan tuk bangkitkan isu ini adalah kerana ada
kes terbaru baru-baru ini dalam sebuah keluarga menyangka ada SAKA lalu
memanggil perawat dari pusat rawatan terkenal. Perawat tersebut telah
mengarahkan keluarga berkenaan supaya mencari pembantu untuk membantu memegang
pesakit2 berkenaan yang ada lelaki dan anak gadis. Oleh itu, tuan rumah telah
memanggil jiran menolong, maka hadirlah tiga orang membantu perawat berkenaan.
Apa yang dilakukan seperti apa yang tuk sampaikan
di atas. Perawat tersebut adalah dari pusat rawatan yang amat terkenal di Malaysia!
Perawat telah memasak air kelapa dgn ramuannya untuk diminum. Sebaik sahaja
diminum, dengan tak semena-mena kononnya keluarga yang menyangka ada SAKA jadi
lain macam. Perawat itu pun menyelitkan jarinya dan mengepit dengan tangannnya.
Maka pesakit tersebut melolong2 sehingga jiran sekitar menjadi takut. Inilah
tanda perawat mengguna khidmat hantu @ jin samada dia reti atau tidak
dimasukkan dlm badan pesakit kononnya untuk hilangkan hantu dlm badan pesakit!
Apa yang berlaku dari pukul 9.30 malam sehingga 1.30 pagi pesakit tidak dapat
dipulihkan, melolong dan mengacau-ngacau walhal asalnya tak apa2. Semua
dirakamkan kononnya untuk simpanan pusat rawatan depa.
Atas kehendak Allah, ditakdirkan salah seorang
jiran yang turut membantu adalah anak buah tuk. Anak buah telah menghubungi tuk
sekadar untuk pandangan. Sementara menanti pesakit sembuh, tuk arahkan
supaya menyediakan sebekas air kosong dan dicampurkan bahan yang tuk pernah
hadiahkan padanya. Air itu diletakkan di atas meja di dapur setelah mendapat
keizinan tuan rumah. Semua yang tuk suruh dibuat mengikut arahan.
Yang peliknya setelah berjam-jam tewas melakukan
pemulihan, tetiba perawat berkenaan meminta anak buah tuk lakukanlah apa yang
patut kerana jin tak nak keluar katanya. Maka anak buah tuk lakukan seperti
diajar dan dengan izin dan rahmat Allah swt tak sampai 5 minit pesakit terus
rebah dan tertidor!.. Kesian sungguh pesakit. Perawat yang dijemput jadi
terkejut disaksikan oleh semua orang. Sayangnya ketika dirawat oleh anak buah
tuk, tak mahu pula direkodkan. Perawat dibayar RM600, anak buah tuk dapat penat
je la..he3… The End!
HATI-HATI APABILA MENGAMBIL KHIDMAT PERAWAT..
Wassallam.



