Assalamu`alaikum pelawat-pelawat yang dimuliakan.
Dalam Perubatan Islam, banyak perkara yang sukar untuk kita
tafsirkan kerana sesetengah bentuk rawatan itu mungkin tidak pernah dilihat, tanpa
usul periksa kita menyangka ianya bercanggah dari hukum syarak. Selalunya bila kita
sebut Rawatan Islam, seolah-olah ia hanya tertumpu pada perkara-perkara misteri
sahaja, dan lainnya kita tidak anggap Rawatan Islam.
Masyarakat Islam telah berjaya diorientasikan oleh pemikiran
barat dengan berpegang bahwa Rawatan Islam atau Tradisional merupakan rawatan
alternatif. Ini adalah satu pegangan yang sangat salah dan menyimpang. Hakikat
hanya dalam Islam sahaja, langkah pencegahan dan kebersihan sangat dititik
beratkan malah segala peringatan tentang kebersihan termaktub dalam Al-Quran
ribuan tahun yang dulu. Hakikatnya Al-Quran adalah satu penawar dan penyembuh. Ini
menunjukkan Rawatan Islam @ Tradisional merupakan rawatan yang paling utama
sekali dan selain darinya adalah alteranatif. Kehebatan Rawatan Islam adalah
pihak perawat mampu menerobos pelbagai dimensi yang di luar dari capaian akal dan
pancaindera manusia biasa.
Apa yang beza di sini adalah, untuk mendapat seorang perawat
atau tabib Rawatan Islam adalah terlalu sukar. Untuk mendapat perawat @ Tabib @ dokor biasa tidaklah susah, hanya
perlu sedikit usaha dan minat mendalam. Buktinya, di Malaysia sendiri mampu
mengeluarkan ribuan doktor setiap tahun tetapi untuk melahirkan seorang Tabib
yang berkualiti amat sukar sekali, pendek kata dihimpuan pengetahuan daripada ribuan
doktor itu masih tidak mampu menandingi seorang Tabib yang Tulen.
Hakikatnya ilmu perubatan moden masih jauh ketinggalan
terutama dalam bab-bab yang diluar dimensi nyata. Perubatan moden menolak
dimensi luar akal yang penuh rahsia ini. Sejak akhir-akhir ini, pihat barat
teruja dengan kehebatan Tabib Islam yang mampu merawat pesakit diluar kefahaman
mereka. Maka dibangunkan beberapa institusi pengajian yang khusus untuk
mengkaji perkara ini. Antara pusat-pusat pengajian yang terlibat dalam usaha
ini adalah:
Sungguh pun mereka berusaha untuk memahami dimensi luar akal dan pancaindera ini, atau disebut kerohanian dalam perubatan, mereka tetap akan gagal selama-lamanya jika tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah, mereka akan jauh ketinggalan walau memegang ribuan title pengiktirafan. Sebab itulah, ramai pengkaji bukan Islam, apabila mengkaji Islam dengan lebih mendalam, akhir-akhirnya mengakui kehebatan Allah swt lalu memeluk Islam dan berpegang sungguh dengan Al-Quran dan sunnah. Mereka lebih taat pada perintah dan larangan Allah swt.
1.
|
Korestly Parapsychology Unit at Universiti of Edinburg.
|
2.
|
American Institute for werewolf and Vampire Research at NewYork
USA.
|
3.
|
Harry Potter School of White Magic, Austria.
|
4.
|
Bangkok School of Spiritual Training, Thailand dan banyak lagi.
|
Sungguh pun mereka berusaha untuk memahami dimensi luar akal dan pancaindera ini, atau disebut kerohanian dalam perubatan, mereka tetap akan gagal selama-lamanya jika tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah, mereka akan jauh ketinggalan walau memegang ribuan title pengiktirafan. Sebab itulah, ramai pengkaji bukan Islam, apabila mengkaji Islam dengan lebih mendalam, akhir-akhirnya mengakui kehebatan Allah swt lalu memeluk Islam dan berpegang sungguh dengan Al-Quran dan sunnah. Mereka lebih taat pada perintah dan larangan Allah swt.
To be Continued.. .. Tuk sarapan kejap ya ....he3
Sambung semula..
Nota: (*) - Berjumpa dengan pihak berkenaan atau diri sendiri yang terlibat.
Sambung semula..
Mari Tuk sambung semula.
Tuk hendak bawa pembaca semua beberapa kisah-kisah rawatan
atau peristiwa misteri sekadar hendak lakukan anjakan minda kita, supaya
melangkah ke depan sedikit sambil merenung dan berfikir apakah hikmah yang
telah berlaku disebalik kisah-kisah ini.
1.
|
Pak Cu Hassan menembak pencuri hanya menggunakan jari.
|
2.
|
Guru Ngaji buta seorang perempuan tak lut api
berserta kitab-kitabnya walau rumah hangus. (*)
|
3.
|
Pak Salleh cabut pokok kelapa depan perompak yang
nak curi rumah dia.(*)
|
4.
|
Anak saudara dan rakan-rakan tidak jumpa jalan
keluar setelah merompak.(*)
|
5.
|
Guru pondak beserta rakan tidak terkena walau
sebutir peluru walau dihujani peluru hampir setengah jam ketika menyelamatkan
pegawai kerajaan. (*)
|
6.
|
Pak Teh padam api kebunnya yang dibakar oleh
pengkhianat hanya dalam lingkaran tasbih. Pak Teh juga mengangkat pokok balaknya yang telah dicuri hanya menggunakan bahu. (*)
|
7.
|
Tulang dagu patah, rongga tercabut dan gigi
berterabur akibat kemalangan tetapi disusun semula tanpa menyentuhnya oleh
Cikgu Din tidak sampai dua minit, dikagumi oleh Prof Chang, doktor pakar di
Ipoh. (*)
|
8.
|
Sayyidina Ali k.w tidak perasan dicabut pedang ketika
solat.
|
9.
|
Hujan berupa senjata bahaya diturunkan melawan
pengganas.
|
10.
|
Diiringi makhluk setinggi pokok kelapa ketika
berhadapan dengan 3 bomoh besar dari Indon. tanpa diketahui. (*)
|
11.
|
Seorang pelajar wanita German diiringi dua lelaki
perkasa tanpa disedarinya lalu terselamat dari diperkosa dan dibunuh oleh
penjahat.
|
12.
|
Anjing hitam keluar dari tubuh pesakit bila
ditepuk oleh Rasulullah saw.
|
13.
|
Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani tak lut ditikam,
disula baru mati.
|
14.
|
Ikan sebagai penunjuk lokasi Nabi Khidir a.s.
|
15.
|
Anas Bin Malik r.a ditemani dua ekor singa
ketika berhadapan penguasa zalim.
|
16.
|
Awan di arah menghantar orang ke lokasi tertentu.
|
17.
|
Cikgu sekolah rendah dijumpai dibanyak lokasi, macam
Tok Kenali.(*)
|
18.
|
Ghaib ke Mekah sambil menduduki peperiksaan tahun
akhir di Universiti tempatan.(*)
|
19.
|
4 orang dalam sebuah keluarga tiba-tiba disediakan
lorong khusus ketika melontar jumrah sedangkan terdapat jutaan ummat dan
lain-lain lagi.(*)
|
Ada ribuan kisah-kisah ajaib lagi tetapi Tuk tidak mampu hendak menyenaraikan semuanya. Memadailah dengan apa yang ada ini dulu. Agaknya, apakah amalan dan ilmu yang dimiliki oleh mereka yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa di atas ini. In Shaa Allah, semua kisah-kisah ini akan Tuk muatkan di dalam sususan
terbaru Tuk bertajuk Rahsia Di Sebalik Ilmu Hikmah dan hal-hal yang berkaitan boleh terjadinya sedemkian rupa. Wallahu`alam.
Tuk Tabut Sakinah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.