Sunday, 12 May 2013

Rawatan Yang Menyiksakan.



Assalamu`alaikum sahabat yang dimuliakan.
Hari ini Tuk nak cerita sedikit tentang rawatan tradissional atau rawatan Islam. Pernahkan anda menyaksikan bagaimana perawat merawat pesakitnya. Tuk hanya nak kongsi info bentuk rawatan yang dilakukan sangat menyakitkan. Cuba lihat rajah berikut:-

Rajah 1: Jari dikepit.!

Inilah contoh gambar bentuk rawatan yang dilakukan oleh ribuan perawat. Kononnya hendak halau hantu dalam badan sebab jika lakukan begitu pesakit akan menjerit-jerit! Tuk ingin menasihatkan pada sahabat semua jika ada perawat yang cuba lakukan perkara seperti ini, hendaklah tuan-tuan lakukan pada jarinya dulu, tengoklah dulu .. sudah tentu depa melaung-laung kesakitan! Kemudian dari itu perawat itu merakamkan gambar pesakit-pesakit terutama pesakit perempuan yang sedang menjerit-jerit seolah-olah hebat pusat rawatannya! Seolah2 hebat guru itu dan sebagainya.  Apa yang selalu terjadi, demi untuk menahan kesakitan disepit jari sedemikian rupa didapati pesakit perempuan meronta kesakitan sehingga terbuka auratnya!.

Ada juga perawat yang menggunakan lada hitam diletakkan di jari kaki atau tangan kononnya hendak hilangkan hantu! Walhal perawat itu yang berhantu. Hakikatnya kalau  Big Show, Hulk Hogan atau mana-mana wrestler diperlakukan perkara yang sama akan menjerit kesakitan. Oleh itu!  Pesanan tuk jika ada perawat hendak lakukan sedemikian, lakukan pada jarinya dulu. Rakamlah gambar depa sedang menjerit dan beritahu bahawa perawat itu berhantu!..hu3.

Tuk juga hendak berpesan supaya JANGAN sesekali meminum air yang dibawa oleh perawat walau dari pusat rawatan terkenal sekalipun. Tuan-tuan hendaklah beli air mineral sendiri atau air zam-zam. Tak apalah dijampi oleh perawat.

Tujuan tuk bangkitkan isu ini adalah kerana ada kes terbaru baru-baru ini dalam sebuah keluarga menyangka ada SAKA lalu memanggil perawat dari pusat rawatan terkenal. Perawat tersebut telah mengarahkan keluarga berkenaan supaya mencari pembantu untuk membantu memegang pesakit2 berkenaan yang ada lelaki dan anak gadis. Oleh itu, tuan rumah telah memanggil jiran menolong, maka hadirlah tiga orang membantu perawat berkenaan.

Apa yang dilakukan seperti apa yang tuk sampaikan di atas. Perawat tersebut adalah dari pusat rawatan yang amat terkenal di Malaysia! Perawat telah memasak air kelapa dgn ramuannya untuk diminum. Sebaik sahaja diminum, dengan tak semena-mena kononnya keluarga yang menyangka ada SAKA jadi lain macam. Perawat itu pun menyelitkan jarinya dan mengepit dengan tangannnya. Maka pesakit tersebut melolong2 sehingga jiran sekitar menjadi takut. Inilah tanda perawat mengguna khidmat hantu @ jin samada dia reti atau tidak dimasukkan dlm badan pesakit kononnya untuk hilangkan hantu dlm badan pesakit! Apa yang berlaku dari pukul 9.30 malam sehingga 1.30 pagi pesakit tidak dapat dipulihkan, melolong dan mengacau-ngacau walhal asalnya tak apa2. Semua dirakamkan kononnya untuk simpanan pusat rawatan depa.

Atas kehendak Allah, ditakdirkan salah seorang jiran yang turut membantu adalah anak buah tuk. Anak buah telah menghubungi tuk sekadar untuk pandangan. Sementara menanti pesakit sembuh,  tuk arahkan supaya menyediakan sebekas air kosong dan dicampurkan bahan yang tuk pernah hadiahkan padanya. Air itu diletakkan di atas meja di dapur setelah mendapat keizinan tuan rumah. Semua yang tuk suruh dibuat mengikut arahan.

Yang peliknya setelah berjam-jam tewas melakukan pemulihan, tetiba perawat berkenaan meminta anak buah tuk lakukanlah apa yang patut kerana jin tak nak keluar katanya. Maka anak buah tuk lakukan seperti diajar dan dengan izin dan rahmat Allah swt tak sampai 5 minit pesakit terus rebah dan tertidor!.. Kesian sungguh pesakit. Perawat yang dijemput jadi terkejut disaksikan oleh semua orang. Sayangnya ketika dirawat oleh anak buah tuk, tak mahu pula direkodkan. Perawat dibayar RM600, anak buah tuk dapat penat je la..he3… The End!

HATI-HATI APABILA MENGAMBIL KHIDMAT PERAWAT.. Wassallam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.