Ada sahabat yang telah melihat atau menerima rawatan daripada Tuk seketika dahulu. Oleh kerana Tuk ni tak reti duduk setempat, maka apabila mereka ingin mendapatkan khidmat rawatan susulan agak sukar. Maka sahabat berkenaan telah pergi la bertemu dengan perawat lain yang komersial dan agak tersohor di dunia rawatan Islam di Malaysia ini.
Sahabat Tuk telah diberitahu bahawa dalam kaedah Islam, hanya menggunakan Al-Quran, maka kaedah Tuk itu ternyata menyeleweng jika gunakan limau dan lain-lain. Kesan daripada khidmat nasihat daripada perawat komersial dan tersohor ini, maka sahabat Tuk ini menjauhkan diri agak sekian lama. Tuk mcm perasan tetapi tak amik port sebab sudah sedia maklum. Satu hari ditakdirkan sahabat ini menghubungi Tuk dan bertanyakan kemusyikalan tentang rawatan Tuk. Maka Tuk ingin bawakan beberapa cerita mudah:-
(1) Nabi Allah Sulaiman A.S:-
Satu hari ditakdirkan Nabi Sulaiman a.s terkena sakit seumpama beguk dileher dan pipi. Penasihat baginda menasihatkan supaya menggunakan sejenis daun. Nabi Sulaiman a.s tidak bersetuju lalu berkata yang baginda akan bermunajat pada Allah, dakwanya hanya Allah sahajalah yang akan menyembuhkannya. Setelah baginda bermunajat, maka Allah ilhamkan Nabi Sulaiman a.s supaya menggunakan daun yang telah dicadangkan oleh penasihatnya. Ini bermakna, daun itu sebagai media penyembuhan. Sesungguhnya daun-daun itu sentiasa bertasbih pada Allah swt sehingga aura gelombang tasbihnya yang istiqamah itu menjadi penyembuh kepada pelbagai penyakit.. Maha Suci Allah..
(2) Kisah mudah Tuk:-
Dalam sebuah keluarga di Manir, Kuala Terengganu, selalu didakwa diganggu oleh makluk bunian. Semua nama-nama bunian itu disebut seperti Puteri Ayu, Puteri Cempaka Biru, Puteri Cempaka Hijau dan lain yang jumlahnya sehingga tujuh atau sembilan iaitu termasuk dua lelaki, salah seorang lelaki bernama Hj.Wahab bergelar Tok Ayah. Keluarga berkenaan selalu disogok dengan emas dan batu-batu permata. Tuk suruh mereka menolak sogokan murahan itu. Agaknya siputeri dan kuncu2nya marah, maka mereka selalulah menjelmakan diri dalam bentuk pelbagai rupa, ada juga berupa ular besar, kucing hitam dll. Mungkin mereka marah Tuk la kot..hu3.
Satu hari ketika siibu sedang menjahit, setiap kali hendak dimasukkan jarum, maka jarumnya akan patah. Masuk jarum baru pada mesin, akan patah dan tiba-tiba muncul seorang perempuan yang rupanya sama macam anaknya. Sehingga peristiwa itu berlaku, Tuk belum pernah menjejakkan kaki ke rumah mereka, hanya sekadar perbualan talipon. Maka dicadangkan oleh anaknya supaya menalipon Tuk. Apabila mereka nak talipon jer, jarum tak jadi patah manakala mahkluk jelmaan yang menyerupai anaknya tadi terus ghaib. Jadi kes ini selesai TANPA Al QURAN dan TANPA BATU KAYU LIMAU dan lain-lain.. jadi bagaimana yer tuan2.
(3) Malaikat Maut :-
Ajal maut ditangan Allah, walau bagaimana pun Allah swt menyediakan asbabnya. Sebab utama adalah kerana tercabutnya roh itu, dan sebelum itu pelbagai tanda-tanda dan peringatan diberikan pada bakal menerima kunjungan Malaikat Maut untuk mengambil roh.
Ada juga sahabat Tuk menggelarkan Tuk sebagai Malaikat Maut..ha3... sedangkan Tuk sendiri pasti akan merasa gementar dan kecut perut bila menyebut Malaikat Maut kerana Tuk masih jauh menyimpang dalam banyak perkara. Punca sahabat menggelar Tuk sebagai Malaikat Maut kerana setiap kali ada kes orang yang payah mati, apabila diizinkan Tuk menziarahinya, maksimum dalam tempuh 3 hari pesakit berkenaan terus arwah...hu3.. yang paling cepat dalam 3 jam. Ada kes, seorang makcik berusia 80 tahun tidak mati-mati di Cabang Tiga Kuala Trg walaupun nampak sakitnya tenat. Tuk diundang untuk melakukan apa yang patut dilakukan. Tuk bertemu makcik berkenaan selepas waktu Asar. Alhamdulillah, makcik itu masih faham apa Tuk cakap dan Tuk sempat melakukan talkin Syahadah Tauhid dan Syahadah Rasul, dipersaksikan oleh keluarga terdekat. Dengan izin Allah, hampir waktu Magrib, Tuk dimaklumkan makcik itu telah pun meninggal dunia. Alhamdulillah.
Sebenarnya sudah berpuluh-puluh orang terus berjumpa kekasihnya iaitu Allah swt setelah menerima kunjungan Tuk...hu3.. itulah puncanya ada menggelar Tuk sebagai Malaikat Maut, sedangkan jika Tuk diberitahu Malaikat Maut nak datang .... confirm Tuk cabutttt... tp takat mana boleh larikan...hu3..
Kisahnya begini, ramai pesakit yang mmg teruk, sudah diusahakan macam2 tetapi sipesakit tetap tak bangun2. Ada yang makan banyak tetapi tak mati2.. terlepek je atas tilam. Bukan calang2 perawat yang telah ditemukan, bila diberitahu perawat tersohor dah cuba pun gagal, .. hilang terus confident nak cuba menolong.. malu pada keluarga pesakit, malu pada Allah swt..
Tapi tak apa, bila ada kes mcm ni, maka biasanya Tuk keluarkan uncang hitam Tuk .. dan keluarkan apa2 yang Tuk rasa di hati, cuma Tuk minta keluarga pesakit sediakan batang keladi sepanjang satu meter... biasanya lepas 3 hari... dijemputlah oleh para Malaikat Maut!.. jadi mcm mana nk cakap ni, kes ini bukan sekali tetapi sudah banyak kali!.. Jika perlu bukti... melambak senarai nama yang telah bertemu PenciptaNya setelah diziarah. Adakah cara Tuk ini masih menyeleweng. Jika benar salah, Tuk mohon perbetulkan kerana Tuk tidak sanggup mati dalam keadaan sesat iaitu Suul Khatimah!. Hakikatnya Tuk tidak sanggup kerana tidak akan mampu tubuh rohani dan jasmani ini untuk menanggung segala seksaan dan azab nanti jika dalam kesesatan... Na`uzubillahmin zalik..
(4). Menggunakan akar dan Rotan
Ramai juga pesakit yang Tuk kenali telah mendapatkan rawatan daripada perawat yang berasaskan rawatan Islam telah menggunakan akar kayu, rotan, buluh atau daun tertentu ketika sessi rawatan. Kaedah ini biasanya digunakan sebagai isyarat untuk memukul makhluk halus @ ghaib yang mengganggu pesakit. Terbukti, apabila dipukul2, pesakit akan menjerit manakala makhluk halus yang masuk ke dalam tubuh pesakit menggunakan anggota pesakit untuk bertindak dan memberitahu yang dia perawat akan sedia untuk keluar. Kadang-kadang kaedah ini dilakukan tanpa sebarang rukyah sebarang ayat Quran. "Adakah cara ini juga salah dari sudut syarak seperti didakwakan oleh sesetengah pihak (perawat) tertentu?" ..
Oleh itu wahai sahabat yang Tuk muliakan, seandainya berlaku pertentangan atau perselisihan pendapat, hendaklah kita membuat kajian dan jangan tuduh melulu. Sesungguhnya perselisihan pendapat (atas perkara furuk) itu merupakan satu rahmat, Tuk selalu berpesan pada sahabat-sahabat jika berlaku maka lakukan seperti berikut iaitu:-
Selaklah ribuan kitab, pergilah berusaha mengadap ramai guru dengan penuh adab dan jaga akhlak. In Shaa Allah, jika dilakukan dengan ikhlas, akan tersingkap banyak rahsia. Niat yang paling utama adalah untuk mengenal (makrifah) Allah.
MAKA, yang tersangat penting, janganlah sesekali kita merasa kaedah rawatan kita yang terbaik dan jangan sesekali juga merendah-rendahkan kaedah perawat yang lain. Wallahu`alam.
MAKA, yang tersangat penting, janganlah sesekali kita merasa kaedah rawatan kita yang terbaik dan jangan sesekali juga merendah-rendahkan kaedah perawat yang lain. Wallahu`alam.
Wassallam
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.