Sunday, 12 May 2013

BUDAK HILANG

ASSALAMU`ALAIKUM

Sejak kebelakang ini, banyak kes budak hilang tanpa dapat dikesan. Jika dapat dikesan, kebanyakannya sudah menjadi mayat. Ada yang menjadi abu bakar dan sebagainya. Kenapakah perkara ini berlaku. Sebelum Tuk meneruskan cerita, Tuk ingin kita sama-sama merenung banyak kes peristiwa duit hilang dengan tiba-tiba. Perkara ini tidak menjadi misteri lagi kerana hampir semua orang telah sedia maklum. Ramai yang telah kehilangan duit dengan tiba-tiba. Tuk telah berjumpa dengan ramai orang yang kehilangan wang ini walaupun telah  disimpan di tempat yang selamat. Ada kes, dalam sebuah kampong, ramai yang telah kehilangan duit sehingga mencecah ribuan ringgit. Ada juga yang mengatakan perkara ini mengarut walhal perkara ini sudah berlaku berzaman-zaman lamanya.

Seorang tukang jahit wanita, iaitu org terpecaya di dalam sebuah kampong telah diberi kepercayaan untuk menyimpan sejumlah wang. Dengan ragu-ragu si kakak menerima amanah itu kerana tidak pasti apa yang akan berlaku. Kakak tersebut telah menyimpan setiap helaian wang yang diterima dalam Al Quran. Apa yang berlaku dalam kes terbaru ini, sejumlah RM700 wang jirang diselit-selitkan di dalam Al-Quran. Setelah menyimpan di dalam Al-Quran, si kakak turun ke dapur untuk memasak air. Apabila dibelek2 kembali dalam Al Quran, sehelai duit pun dah tak ada, semuanya hilang entah macam mana.

Adakah ini permainan toyol, adakah ini permainan pukau dan sebagainya. Kisah seperti inilah ada kaitan dengan kehilangan budak-budak terutamanya kanak-kanak yang belum akhil baligh. Tuk ingin nasihatkan bagi keluarga mangsa kehilangan budak, jika anak-anak sudah hilang sekian lama, teruskan sahaja solat ghaib jenazah, kerana tidak akan dijumpai sampai bila2 melainkan di akhirat. Wallahu`alam. Jika masih ingin mencuba mencari boleh tetapi jangan menaruh harapan yang tinggi kerana sejarah telah membuktikan sebelum ini belum pernah ada yang berjaya ketemui jika sudah hilang lebih dari seminggu, melainkan cepat diusahakan dengan pelbagai cara. Buatlah lapuran polis secepat mungkin, jangan tunggu sudah berhari-hari baru hendak membuat lapuran, DAN cubalah dapatkan khidmat orang yang arif. Tuk juga ada dimaklumkan bahawa ada beberapa pejabat polis (daerah) mempunyai pakar (bomoh @ utz) tertentu dirujuk sebagai bantuan sokongan untuk mencari kanak-kanak yang hilang samada diculik, sesat dalam hutan dan sebagainya.

Tuk mendapat cerita benar ini dari seorang bomoh yang berpengalaman (handal) dalam proses menarik wang secara ghaib dan mistik. Pelbagai bukti ditunjukkan tetapi Tuk tidak berminat untuk tahu, malah wajahnya Tuk tidak begitu perasaan, tapi wajahnya nampak kotor @ hitam dan mengerikan, tiada seri langsung. Tuk tidak mengenali beliau, tetapi beliau yang mula dulu telah menegur Tuk. Dengan nada yang serius dan kekesalan beliau bertanyakan bagaimanakah untuk melakukan Taubat Nasuha! Pertemuan ini berlaku di Sabah satu ketika dahulu. Beliau mendakwa menetap di Semenanjung Malaysia, tetapi Tuk yakin  beliau bukanlah orang Malaysia disebabkan loghatnya, rupanya serta cara berpakaian.


Apa kaitan dengan budak hilang!.

Bomoh itu mendakwa, salah satu cara untuk merompak duit ialah dengan bekerjasama dengan jin kafir. Beliau juga memberitahu bahawa, salah satu cara paling ampuh untuk menggunakan khidmat jin kafir ini adalah dengan memberi makan hati budak yang masih berdenyut2 dan berdarah-darah. Setelah diberi makan dengan sejumlah tertentu menurut perjanjian yang dipersetujui bersama, jin kafir tersebut boleh diarah apa sahaja, biasanya merompak duit atau mengambil harta qarun di bawah tanah. Semakin dalam dikorek tanah bermakna semakin banyak dan tulen harta qarun berupa emas. Menurut sumber yang sahih dari pengkaji-pengkaji artifak dan purba, memamg terdapat harta qarun yang tertimbus sehingga melebihi 20 hasta dalamnya. Di dalam itu terdapat emas yang tulen pelbagai bentuk serta barangan lain. Perkara ini amat jelas dan telahpun TERBUKTI!..

Ada kes, terdapat bapa2 yang kaki dadah, kaki judi, kaki perermpuan dan sebagainya apabila desperate dengan duit sanggup menjual anaknya pada pihak yang terlibat, untuk menutup kes atau mengelirukan perkara sebenar, maka si bapa tersebut akan membakar anaknya walhal jantungnya telah tiada, dan bila disiasat dianggap pula sibapa adalah giler dan sebagainya. Ada yang terlepas dari hukuman!.. Na`uzubillah min zalik.

Khidmat bomoh berkenaan selalu digunakan oleh VVIP, terutamanya menjelang pilihanraya! Dakwaannya ini mungkin satu fitnah tetapi Tuk tak amik port dan Tuk sudah lupa beberapa penjelasan selanjutnya. Lagi pun tiada bukti yang nyata. Dari sudut syarak, kita tidak boleh mendakwa atas bukti rohani (ghaib). Pada Tuk, kalau VVIP dari kalangan pemimpin, mereka sudah cukup byk duit yang dikaut daripada rakyat dan tidak perlu dengan urusan pelik seperti ini.

Bagaimanakah cara hati budak ini dikorek!... nanti tuk lengkapkan dalam e-book Tuk tentang Perubatan Islam dan banyak perkara terbongkar lagi!

Bagaimanakah untuk mengawal perkara ini, nanti Tuk cuba jelaskan dengan lengkap dalam e-book Tuk, Insya`Allah.  .. To be continued!..

INGAT!.. BESOK  LUSA ANAK ANDA AKAN HILANG DAN HATI DAN JANTUNG MEREKA MENJADI SANTAPAN JIN-JIN KAFIR! JANGAN SALAHKAN SESIAPA, SALAHKAN DIRI SENDIRI ATAS KECUAIAN MASING-MASING!. .

OLEH ITU …. JANGAN CUAI … JANGAN LALAI … JANGAN AMBIL MUDAH .. JANGAN AMBIL KESEMPATAN PADA ANAK-ANAK UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI!.. JANGAN..JANGAN..JANGAN..!

WALLAHUALAM!. Walaupun kisah ini macam tidak dapat diterima akal, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga kerana maklumat yang disampaikan ini ada juga kesahihnya walaupun TANPA bukti. FAKTA dan kebenaran adalah dua perkara berbeza. Fakta boleh dibuktikan dengan jelas, tetpapi kebenaran itu amat sukar untuk dibuktikan. HANYA ALLAH swt sahaja yang Maha Mengetahuinya!..

TABUT SAKINAH

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.