Rajah 1: Manuskrip Ilmu Hikmah -
[Di tulis atas kulit kambing]
Assalamu`alaikum dan salam sejahtera pelawat yang dimuliakan.
Hari ini Tuk terpanggil untuk membicarakan tentang ilmu hikmah. Ilmu hikmah secara asasnya terdiri dari dua cabang iaitu ilmu perubatan dan ilmu hulubalang ATAU dalam lain perkataan boleh juga disebut sebagai ilmu kebatinan. Dalam ini juga terkandung dalam bab yang membicarakan:-
IRHAS
MUKJIZAT
KARAMAH
MAKUWANAH
ISTRIDRASH
SIHIR
ILHANAH
SYAKWAZAH
Setiap guru, setiap mursyid, setiap pengkaji dan lain-lain mempunyai
istilah masing-masing dalam penentuan cabang-cabang ilmu. Semuanya itu
adalah bertujuan sebagai kefahaman sahaja. Contohnya bagi mereka yang
mendalami ilmu tauhid, akan biasa dengar tentang ilmu Martabat 7 atau
sifat 20. Kita menyangka wajib mempelajari dan jika tak tahu sifat 20
akan terbatal syahadah. Ilmu martabat 7 atau sifat 20 adalah satu bentuk
ilmu diilhamkan oleh para arifbillah untuk memudahkan kefahaman kita.
Jika kita kata wajib pelajari, maka bagaimana dengan umat-umat Islam
sebelum itu iatiu sebelum munculnya ilmu-ilmu itu. Imam Syafie tak
berlajar sifat 20, begitu juga Imam-imam lain tidak berlajar mertabat 7,
adakah terbatal syahadahnya? Tentu sekali tidak. Ilmu2 itu diperolehi
secara laduni oleh para arifbillah (wali-wali Allah) untuk memudahkan
generasi seterusnya memahami bab tauhid kerana selepas zaman golongan
Akidah Salaf, muncul pelbagai fahaman yang mengelirukan.
Akidah Salaf hanya sampai ke kurun ke lima. Pada masa dulu hanya
'Samiqna wa ataq na' iaitu 'Kami dengar dan taat'. Selepas itu kita
termasuk dalam aliran golongan Akidah Khalaf. Pada generasi Akidah
Khalaf, banyak kekeliruan timbul, banyak fahaman timbul. Alhamdulilah
dengan takdir Allah, muncul dua orang Wali Allah penyelamat bagi umat
seterusnya iaitu Abu Mansur Al-Maturidi dan Abu Hassan A-Syaari iaitu
pembangun Mazhab Tauhid dan diterima oleh jumhur ulamak sedunia sebagai
fahaman akidah ahli sunnah wal jamaah.
Oleh itu sahabat Tuk yang dimuliakan, sebelum kita menceburi dengan
mendalam ilmu hikmah, hendaklah kita mempelajari tiga cabang ilmu utama
iaitu ilmu tauhid, ilmu fiqh dan ilmu tasauf. Ketiga-tiga cabang ilmu
itu mempunyai pembangun mazhab masing-masing yang telah disepakati oleh
jumhur ulamak seluruh dunia, maka wajib bagi kita mematuhinya, melainkan
kita mampu dan layak untuk berijtihad sendiri.
Di sini, Tuk hanya ingin membicarakan sepintas lalu bab Perubatan Islam
atau Tradisional. Sungguh malang sekali, dengan orientasi pemikiran
kafir barat, kita memandang kaedah Perubatan Islam atau Tradisional
merupakan rawatan alternatif dan mengagongkan perubatan moden sebagai
rawatan utama. Inilah satu-satu fahaman kolot yang berjaya
diorientasikan oleh orang kafir barat sehingga terpengaruh. Hal
sedemikian sangat rapuh untuk melunturkan iqtikad kita. Hati-hati!
Hakikatnya rawatan Islam dan tradisional telah mempulopori dunia
perubatan ribuan tahun dahulu tetapi masih dianggap kelas kedua iaitu
sebagai rawatan alternatif. Hal sedemikian ini yang perlu kita ubah.
Sepatutnya perubatan moden di hospital atau klinik adalah hanyalah
rawatan alternatif yang mungkin tidak perlu jika kita menjaga kesihatan
atau mempunyai sedikit pengetahuan tentang perubatan islam atau
tradisional.
Bila sebut perubatan Islam atau tradisional, biasanya dikaitkan dengan
perkara misteri. Bila dikaitkan dengan misteri maknanya ada gangguan
jin, bila ada kaitan dengan jin, maknanya kena cari bomoh!.. inilah
punca kenapa perubatan Islam atau tradisional diperlekehkan. Sungguhpun
begitu, telah banyak terbukti, banyak kes yang tidak mampu dirawat
secara perubatan moden boleh dipulihkan secara tradisional terutama yang
ada kaitan dengan penyakit misteri. Cuma, biasanya pesakit agak takut
untuk berubat bila berlaku kes misteri kerana terlalu banyak bomoh-bomoh
atau perawat yang menipu dan mengambil kesempatan walaupun perawat itu
datang dari pusat-pusat perubatan yang tersohor.
Menjadi PERAWAT.
Sejak akhir-akhir ini ramai yang berminat menjadi perawat, ini satu perkembangan yang sangat baik untuk membuktikan rawatan islam adalah rawatan utama. Tetapi untuk menjadi perawat bukan satu kerja yang mudah, bukan dengan hadir kursus beberapa hari, dapat sijil dengan bayaran tertentu mampu menjadi perawat. Ilmu kedukunan atau perubatan Islam bukan semudah itu untuk dipelajari. Sebagaimana yang Tuk jelaskan diawal tadi, selesaikan ilmu tauhid, fiqh dan tasauf dahulu sekurang-kurangnya melepasi fardhu ain barulah mula melangkah ke dalam bidang ilmu perubatan. Ilmu perubatan adalah fardhu kifayah, jadi kena dulukan fardhu ain dulu, jika tidak ianya salah pada syarat dan tiada keberkatan.
Dalam kajian rawatan secara Islam atau Tradisional, maka ramailah penentang-penentang yang cuba memperlekehkan atau menyatakan bukan unsur yang bersumber syarak atau lebih tepat dikatakan syririk. Tuk sudah lali dengan tuduhan seperti ini, kadang2 ada kes yang menuduh tu baru sahaja melalui rawatan dengan tuk, sudak bertahun2 tidak boleh jalan, tetapi dgn izin Allah melalui sentuhan tangan Tuk tak sampai setengah jam boleh berjalan. Penyudahnya Tuk pulak dikatakan syrik sbb mendengar beberapa bacaan Tuk ketika merawat. Abis di canang satu kampung. Tak apa lah, hero mmg kalau dulu...hu3
Antara hal yang dituduh syirik:
a. Menggunakan WAFAQ.
b Hadiah Fatihah kepada beberapa orang.
c. Meminta nama pesakit bte ibu. dan lain-lain.
Keyakian mereka mengatakan Tuk sesat dikuatkan lagi bila disokong dan dihujah oleh Utz-Utz tanah air. Oleh itu, Tuk rasa satu tanggung jawab besar untuk membetulkan fahaman ini. Tuk akan bawakan dalil dan nas yang sohih serta contoh-contoh yang sesuai untuk mematikan hujah-hujah paslu mereka melalui e-book Tuk nanti. Tuk juga akan menulis beberapa perkara asas yang perlu diketahui untuk mengatasi beberapa penyakit kecil jika berlaku tanpa diduga, Insya`Allah.
..... to be continued.
Jazakalah.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.