Assalamu`alaikum
In shaa Allah, tidak lama lagi, penerbitan Darul Aulia akan menerbitkan sebuah buku berkaitan dengan rawatan Islam dengan beberapa siri teori dan juga praktikal. Buku ini diterbitkan berdasarkan beberapa pengalaman penulis yang menceburi dalam bidang ini samada secara sengaja dan tidak disengajakan atau secara kebetulan dan sebagainya.
In shaa Allah, beberapa topik akan disusun sedemikian rupa sehingga pembaca sendiri mampu melakukan rawatan walau tanpa pengalaman, cuma perlu sedikit pencerahan.
Sepanjang Tuk tercebur dalam bidang rawatan ini,banyaklah kisah menarik yang boleh dikongsikan bersama. Kadang-kadang dijadikan perbandingan oleh pesakit mengenai kaedah rawatan dan timbullah pelbagai tanggapan. Ada yang kata menyelewengan, ada yang kata bukan kaedah Islam dan sebagainya. Oleh itu, di sini tuk ingin berkongsi maklumat sekadar untuk membuka minda semoga dapat dimanafaatkan bersama.
Tuk bukanlah perawat komersial, tidak pula menyediakan khidmat khusus untuk rawatan, bukan juga menunggu pesakit dtg kunjung ke rumah. Ini adalah kerana Tuk yang tak reti duduk diam setempat..
Banyak kisah menarik yang boleh dibincangkan dan dikongsikan untuk tatapan pembaca...to be continued.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.