Wednesday, 8 May 2013

Merawat secara jarak jauh.

Soalan daripada sahabat:

1. Tuk, benarkah kita boleh menerima rawatan secara jarak jauh? Saya mengalami gangguan yang agak pelik, maka saya telah menghubungi seseorang yang mengurus sebuah pusat rawatan Islam. Oleh kerana pusat rawatan itu jauh, maka perawat berkenaan bersetuju memberikan rawatan secara jarak jauh. Saya telah diminta membuat bayaran fidyah dengan jumlah tertentu sebelum membuat rawatan.

Selang beberapa hari, saya rasa agak ok dan berterimakasih pada perawat berkenaan. Yang peliknya, bila saya menalifon pusat rsawatan itu dengan hasrat untuk mengucapkan terimakasih, perawat berkenaan jelaskan bahawa  nama saya masih que dan akan diuruskan dalam beberapa hari lagi. Heran!.. 

Penjelasan Tuk.

Menarik soalan yang dikemukakan ini. Tuk rasa, kemungkinan besar atas dasar keberkatan dan aura yang hebat dari perawat itu menyebabkan gangguan itu dengan sendirinya beredar sebelum dilakukan apa-apa. Mungkin dengan usaha perawat berkenaan akan menyebabkan jin @ makhluk halus yang mengganggu itu akan lebih terseksa jika cuba melawan.

Tuan adalah seorang yang prihatin kerana sudi membayar fidyah awal walau sebelum dilakukan apa2 rawatan. Ada banyak kes, pesakit menyuruh itu ini itu ini tetapi liat untuk memberi sedikit sumbangan pada perawat. Tugas perawat bukan mudah, ada yang kena berjaga malam, ada yang terpaksa berlawan dgn makhluk halus yang cuba hendak dipisahkan berhari-hari dan sebagainya. Ada juga yang memberi upah tidak sepadan dengan usaha yang dijalankan. T.kasih kerana tuan merupakan seorang yang sangat memahami. Semoga dirahmati Allah swt.

Wallahu`alam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.